Apa ada pada ilmu? Hmm..
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang berkehendakkan dunia, maka hendaklah ia berilmu. Sesiapa yang berkehendakkan akhirat, maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu." (hadis riwayat at-Tirmidzi)
Ini menunjukkan betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan kita. Kalau nak apa-apa, mesti ada ilmu. Apa saja yang mampu kita lakukan tanpa ilmu? Sesungguhnya, kita ni sangatlah memerlukan kepada ilmu. Tetapi ilmu yang bagaimanakah? Selalu kalau baca ma'thurat ada kita berdoa kepada Allah supaya kurniakanlah kepada kita ilmu yang bermanfaat. Apakah ilmu yang bermanfaat ini? Sesungguhnya banyak saja ilmu yang bermanfaat di dunia ini, tetapi ilmu yang paling paling paling bermanfaat tidak lain tidak bukan adalah ilmu Islam. Apa itu ilmu Islam? Itulah ilmu Al-Quran dan As-Sunnah.
Sesungguhnya Nabi saw ada bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang Allah kehendakkan kebaikan kepadanya, Allah akan berikan kepadanya kefahaman agama."
(Bukhari dan Muslim)
Kalau tiada ilmu agama...
- bagaimana mampu kita melakukan ibadah dengan betul?
- bagaimana mampu kita teguhkan aqidah kita?
- bagaimana mahu mebezakan yang haq dan batil?
- bagaimana mahu menjalankan kehidupan dengan betul?
- bagaimana kita hendak menyampaikan kepada yang lain?
Banyak persoalan yang takkan mampu kita jawab tanpa adanya ilmu. Kita sebagai seorang muslim harus merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah dalam setiap perkara yang kita lakukan so kalau kita sendiri x faham keduanya- maka bagaimana? Tanpa ilmu, kita hanya akan bersangka-sangka sahaja yang kita nih buat perkara yang betul which might not be the case.
huuuu. Entry ni sebenarnya adalah refleksi diri- diri ini yang kurang serius dalam mendalami ilmu agama sedangkan itu adalah ilmu yang amat crucial untuk kita ada. Kalau ada usrah atau ada talk mengenai islam, barulah nak tambah ilmu agama. Sebenarnya itu sahaja tidak cukup. Kita kene actively seek for the knowledge. At least everyday kena spend time untuk ilmu agama. Bacalah. Dengarlah ceramah agama. Kena sentiasa tambah ilmu. Cintakan ilmu!
Ilmu islam ini sangatlah luas, rasanya kalau belajar sepanjang kehidupan pun, belum tentu boleh habis belajar. Tapi at least, harus start learning secara serious. Iye. Harus!
Ok. Mari sama2 menambahkan ilmu.
Entry sebelum bermula mencari ilmu. Tapi kali ini ilmu medic pula :)
ilmu yang ini pun penting juga. hehe.