Ramadhan mubarak friends!~

Friday, 25 June 2010

Outta Here

Diriwayatkan, pada suatu ketika Rasulullah s.a.w menghadap ke suatu tempat membuang sampah (mazbalah), lalu baginda memanggil para sahabat baginda sambil bersabda: “Ayuhlah, kejarlah dunia”; kemudian baginda mengambil cebisan kain yang telah usang dan tulang-tulang yang sudah reput sambil berkata: “Inilah dunia”.

Menurut riwayat yang lain, pada suatu hari Rasulullah s.a.w melihat kepada bangkai anak kambing yang dibuang oleh tuannya lalu baginda berpaling kepada para sahabatnya dan bersabda: “Adakah kamu melihat betapa hinanya bangkai kambing itu di sisi tuannya, demi Allah dunia ini lebih hina di sisi Allah melebihi kehinaan kambing tersebut di sisi tuannya. Kalaulah nilai dunia ini menyamai nilai sebelah sayap seekor nyamuk nescaya Allah tidak akan memberi seteguk airpun untuk minuman orang kafir”.

Baginda juga bersabda: “Hari kiamat semakin hampir sedangkan manusia semakin tamak-rakus kepada dunia dan mereka juga semakin jauh dengan Allah”.

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

Dunia ini adalah penjara untuk orang mukmin dan syurga bagi orang kafir”.

Wednesday, 23 June 2010

The Recap.

Nak beli. Insha Allah.

Just so I don't forget all these major stuffs to be asked 2 months from now - OSCE.

Screening Questions:

DEPRESSION - SIG E CAPS
ANXIETY - STUDENTS FEAR 3 CS or BE SKIM
MANIA - DIG FAST
PSYCHOTIC - FIRST RANK SYMPTOMS


*Sakit hati...

**Spain got diem to carpe!! Sedih tengok Torres belum dapat catch up. Villa terbaik, walaupun agak senget masa penalty kick. Ramos pula adalah nama kucing di kolej saya (??)

***Semoga Allah pelihara Izzati sepanjang perjalanan pulang ke tanah air. Asma', July is getting near :D

****Sekarang tempat saya tengah hot kes ragut. Semoga Allah lindungi kami semua daripada sebarang kejadian buruk.

Monday, 21 June 2010

Get on with it!

  1. SSM Questionnaire: KAP on inhaler technique among patients with stable airway diseases almost done!! (SSM pre-meeting this wednesday)
  2. LL4G poster printing & entry.
  3. Course reg!! [how could you do this to me smpweb?]
  4. The interview.
  5. Past Year Qs alert.
  6. Living HEALTHY.
  7. Chasing those dead bodies.
  8. ZT: learning styles.
FIGHTING!!!!

May Allah bless us always~

Sunday, 20 June 2010

pro.re.nata

Bila perlu.

Masa kat Bandung dulu belajar preskripsi ubat. Salah satu instruction ialah pro re nata (p.r.n.). Maksudnya, bila perlu.

Kalau bukan dalam keadaaan yang memerlukan, tak perlu ambil ubat tu ye.

Sama macam shopping. Oh sungguh saya gila shopping. Kadang-kadang je *_*

Baru-baru ni jumpa blogshop selling handmade bags. Comel melampau. Agak kurang waras sebentar. Dah la saya memang gila barang comel dan custom made. Aiseymen.

Fikir. Zikir. Berlebihan dalam berbelanja tu kikir.

Astaghfirullah.

Nampak tak kat hujung sana tu? Cuba teropong. Ha.. nampak tak apa yang saya nampak?

Saya nampak wang untuk shopping ada kegunaan lain.

Dunia ni memang indah. Banyak yang menarik perhatian. Tapi dunia juga penuh muslihat. Suka buat kita jadi haus. Dahagakan bermacam-macam benda lagi.

Saya sedar dunia ni persinggahan je. Tumpang kejap je. Kalau saya mati, saya tak bawak barang-barang shopping bersama saya.

Saya bawa amal. Amal jariah. Amal soleh.

Bisnes amal dan shopping pahala ni lebih bagus. Boleh kurangkan dahaga insha Allah. Sebab Allah Dealernya. Confirm takde tipu muslihat. Sebab janji Allah itu pasti.

Modal? Tak perlu risau elaun bulanan mengering. Cukup dengan niat kerana Allah dan sungguh-sungguh bekerja keranaNya.

Haih. Nampaknya tak jadila saya nak klik 'Buy Now' ya. Mungkin next time. Bila saya mampu. Sebagai reward untuk pencapaian diri sendiri.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin baik diri mahupun harta mereka dengan balasan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, sebagai janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung."
[at-Taubah: 111]

Hakikatnya, saya datang dari Allah. Diciptakan oleh Allah. Saya milik Allah. Jadi kenapa pula Allah yang kena beli dari saya? Apa yang saya ada untuk offer jualan hebat pada Dia?

Pulak tu, Allah bayar dengan syurga. Jadi sekarang, saya jual jiwa saya yang berkarat, Allah bayar dengan syurga? Apakah? Macam beli gula-gula bersemut dengan RM1000 000 000 (tak setanding pun dengan Jannah). Eh tak, mana ada orang nak beli gula-gula yang dah dihurung semut!

Astaghfirullah...

Ya Allah, sungguh, Kau Maha Penyayang. Kau kasihani hambaMu lebih daripada kasih seorang ibu kepada anaknya.

Dan aku... hamba yang sering tergelincir. Namun aku terus mengharap pengampunanMu.

Ampunilah aku dan insan-insan yang terlalu banyak berbuat baik kepadaku Ya Allah~

*BFF shopping menggila di Manchester. Cish.
**final week in Psych. Dah mula rindu keunikan Psych. Takpe. Penerokaan belum berakhir. Semoga saya bertemu dengan keunikan yang lain pula. Amiin.


Anugerah

Gambar gelap dalam Eye of London

Mereka girlfriends saya. BFF saya. Sekarang mereka sedang bake a cheesecake.

I wonder apa jadi dengan oreo, philadelphia cheese n stuff? *hihi*

Thanks for video calling lovelies. The support. The prayers.

I love you girls. I really do.

*3rd post in a row. Fancy? :p Takpela, its 'my' blog. My territory ^_^
**Alhamdulillah, cuti kali ni menarik kerana Xati balik Malaysia hari jumaat ni! *lovelove*
***Asma', be sure to bring back Millie's this July k dear~ :P :P :P

Topsy Turvy

"Assalamualaikum Encik"
"Wa'alaikumussalam Doktor"

Saya ni bermuka tua kot. Selalu sangat pesakit panggil 'doktor' instead of 'nak' atau 'dik'.

"Boleh ceritakan sikit tentang diri encik..?"
"Boleh... pakcik ni Allah"

*gulp* astaghfirullah.

"Dulu pakcik Nabi, tapi sekarang pakcik dah jadi Allah"
"Urm, boleh saya tahu kenapa encik rasa macam tu?"

Oh ye, memang skema di situ - 'encik', 'cik', 'puan'. Saya hanya akan address mereka dengan gelaran 'pakcik' 'makcik' 'kak' etc bila mereka sendiri yang rimas dan minta tukar dengan panggilan yang lain.

Kena la latih diri kan. Nanti terbawa-bawa dalam exam. Kurang markah profesionalism. (macam belajar untuk exam je pulak)

Sambung.

"Allah dah lama sangat hidup. Jadi pakcik perlu ganti, banyak lagi kerja kena buat"

Sudah terang lagi bersuluh delusion pakcik tersebut amat bizzarre. Delusion bermaksud fixed and false belief. Bizarre delusion sering dikaitkan dengan Schizoprenia.

Satu kepercayaan yang takkan goyah. Sukar untuk dipatahkan.

Bukan pakcik ni sorang je yang sakit macam ni.

"I am Imam Mahadi, I'm sure of it", kata seorang lagi pesakit yang lebih muda dari saya.

Ramai lagi mengalami masalah yang sama. Dari luaran, nampak biasa je. Silap-silap kita yakin dengan apa yang dia sampaikan walaupun salah.

Plus, pakcik ni selalu bawak quran tafsir bila berjalan-jalan dalam wad. Insaf, kan?

Tapi otaknya terganggu. Kesian sangat...

Pengendalian akal yang buruk boleh mendatangkan binasa. Mungkin dari sinilah munculnya ajaran sesat. Aqidah terpesong.

Yang menghairankan, ada bijak pandai yang mengikut.

Kuasa pengaruh mungkin.

Bersyukurlah pada Allah atas kurniaan akal yang sihat. Tak mustahil Allah boleh merengkan saya. Pilihan di tangan saya. Dan awak juga.

Syukur bukan sekadar lafaz. Praktikal kena ada. Guna akal untuk perkara yang Allah redha. Perah otak untuk tebarkan manfaat kepada orang lain.

Istimewanya saya sebagai orang Islam, akal saya ada manual. Manual wahyu. Akal yang tidak dikendalikan wahyu Allah memang tak bagus.

Ada yang menolak suruhan Allah dan Rasulullah hanya kerana bertentangan dengan akal. Padahal ada perkara yang tak tercapai oleh minda kita.

Jadi serahkanlah diri kepada Tuhan Pencipta kita.

Pelihara akal dari anasir buruk. Tajamkan fikiran untuk mencetuskan kebaikan. Pandu akal kita dengan wahyu.

Allah perintahkan pelihara aurat. Maka tutuplah aurat. Allah larang kita dari merokok, maka berhentilah.

Ingat, akal ni pinjaman. Satu hari nanti kena pulangkan semula. Instruction ada dalam al-Qur'an dan al-hadeeth. Jadi pandai-pandailah guna pinjaman akal untuk gali ilmu dari 2 rujukan utama ni. 2 pusaka yang menyelamatkan kita dari azab Allah, insha Allah.

Sabda Rasulullah SAW:
"Wahai manusia, sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara yang mana sekiranya kamu berpegang teguh dengannya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, itulah kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnahku (Hadith)"
~Sahih Muslim, no. 1218.

Saturday, 19 June 2010

Maybe Pasti.

Kuliah ZT hari ni seronok! Pensyarah sangatlah berkobar-kobar. 9 pagi sampai 12 tengah hari bercakap tanpa henti. The best thing was she kept on stimulating our neurons by questioning - keeping us alert at all times. Susah sikit nak tersengguk.

Saya dapat tugasan baru. Kajian tentang strategi pembelajaran. Oh sungguh tak layak untuk saya kot. Tapi menarik untuk digali dikongsi digarap dan diaplikasikan.

Mudah-mudahan team saya dapat buat yang terbaik.

Lepas seronok-seronok, saya bergembira lagi. Driving sampai sesat. Takpe, asalkan sampai pada waktu yang 'acceptable', alhamdulillah :p

Kawan-kawan semua berkejar-kejar ke Masjid al-Azim, Pandan Indah. Forum iluvlislam. 'Aduhai Cinta: Milik Siapakah Ia'.

Saya teringin nak pergi. Tapi ATP (energy) tak cukup. Kena recharge. Lagipun, tajuk dan diskusinya agak berbahaya sekarang.

Mungkin akan datang Allah beri peluang lagi untuk program sebegini. Waktu tu, saya pasti cuba hadirkan diri.

Mungkin ya, mungkin tidak. Mungkin betul, mungkin juga salah. Semuanya tak pasti.

Mungkin saya sering merancang. Macam-macam. Tapi pasti Allah sudah punya percaturan yang lebih baik.

Mungkin sekarang saya selalu terumbang-ambing. Tapi saya pasti akan cuba stabilkan diri.

Mungkin takdir Allah saya akan jatuh. Tapi saya pasti Allah akan tolong.

Kemungkinan boleh diambil sebagai peringatan. Tapi bukan penghambat untuk meneruskan kehidupan.

Aza-aza fighting!!

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [Al-Baqarah: 216]



Friday, 18 June 2010

Wide Wide World.

Astaghfirullah, penatnya...

Seharian di HBUK yang permai. (Dr. Satnam kata, nak bunyi high standard kena gantikan Hospital Bahagia Tanjung Rambutan kepada Hospital Bahagia Ulu Kinta) Esok ada lecture ZT pulak.

Alhamdulillah, penat yang berbayar. Makin lama masa saya makin sempit.

Tapi terasa lapang. Berlapang dada dengan manusia dan ragamnya. Berlapang dada dengan cabaran tanda tarbiyah-Nya. Lapang dari pemikiran yang sempit.

Sungguh lapang dan mendamaikan.

Kadang-kadang dicucuk rasa yang menderitakan jiwa.

Nangis. Dan nangis lagi. Hinggakan seorang adik kecil comel menegur saya di R&R Sungai Buloh "Kakak nangis?"

Tangisan ialah terjemahan makna hati.

Alhamdulillah. Segala puji bagi yang Maha Penyayang. Dia kurniakan keupayaan menangis untuk saya yang lemah. Dia masih benarkan saya terokai jiwa yang serabut.

Serabut yang tidak patut.

Satu yang tak pernah saya lupa, berdoa pada Dia. Ya Allah, peliharalah insan-insan yang kucintai seluruhnya. Permudahkanlah urusan mereka. Bukalah belenggu yang memerangkap mereka.

Saya ingin bertemu mereka di syurga... di suatu singgahsana yang lapang. Kelapangan yang diperoleh dari kesempitan di dunia.

Saya bagaikan ikan bilis dalam lautan luas yang bergelora.

Tapi saya kena kuat. Hidup ni bukan untuk diri sendiri je. Banyak lagi tanggungjawab yang belum tertunai.

Ya Allah, kuatkanlah aku dalam menghadapi dugaanMu... jadikanlah aku di kalangan orang-orang yang dapat melihat kecantikanMu...

Amiin...

Thursday, 17 June 2010

Lucky

Meeting Special Study Module (SSM) ni kekoklah. Mungkin sebab masing-masing baru kenal. Jumpa pun seminggu sekali. Kurang pengalaman conduct research. Tapi banyak yang saya belajar.

Google Docs. Google Scholar. Pening kepala. Meraba-raba cari validated questionnaire.

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya jumpa jugak Asthma Control Test (ACT) & COPD Assessment Test (CAT). Selesai satu perkara. Perkara yang berjuta-juta lagi? Selesaikan satu persatu. One step at a time orang putih kata.

Sebab tu kena bijak merancang. Buat Gannt Chart. Flowchart. Barulah perjalanan projek tak jadi cacat.

Setahun tau SSM ni. Kalau tak niat kerana Allah, usaha setahun cuma sia-sia.

Rancang je tak cukup. Ketahanan dan kesungguhan kena ada.

Bila bekerja, pasti banyak cubaan. Perit sebentar demi hasil yang bermakna. Untungnya siapa yang terus bersabar dan berusaha. Apa-apa yang jadi pun, dia tenang je.


'Sungguh menakjubkan keadaan orang Mukmin itu.
Bila mendapat nikmat, ia bersyukur dan syukur itu baik baginya.
Bila diduga ia bersabar dan bersabar itu baik baginya.'
(HR. Muslim).

Book of the moment: Psychiatry books for the sake of answering past year Qs.
Patients: Last Monday I got 3. Looonngg loonnggg conversation :)

*Spek pecah. Kena ganti baru. Duit dah bersayap dah. huhu.

Wednesday, 16 June 2010

Mahu dimengerti.

Bukan mudah.

Haruskah Allah yang mendatangiku ketika aku punya masalah?
Di mana kesedaranku sebagai orang yang memerlukan?
Siapa sebenarnya yang memerlukan?

Berhentilah mengeluh kerana kekurangan..

Berhentilah menyombongkan diri kerana kelebihan..

Semuanya bersumberkan Allah. Tak selayaknya jiwa hamba yang kecil memperbesar apa yang kurang atau perkara yang lebih dalam hidup.

Aku impikan kesederhanaan.

Aku rindukan ketenangan.

Sulit untuk bertahan dengan emosiku yang tak menentu.

Banyak hati yang telah kulukai. 'Maaf' seakan tak bermakna lagi.

Namun itulah hidup.

Membuat keputusan... dan bersalah. Kembali untuk membuat keputusan, dan berusaha untuk tidak jatuh ke lubang yang sama.

Aku ingin menjadi sebaik-baik pesalah. Tidak sikit hati ini rasa sudah tiada harga diri. Bagaimana mungkin aku menghadapkan diri memohon pada yang Maha Mengetahui?

Allah.. Allah.. Allah..

Aku ingin mati di jalanMu bersama kemuliaan yang tak terkira.

Hanya Kau yang mengerti. Tidak. Hanya Kau yang MAHA MENGERTI.

*when you're down on your knees, you are in the PERFECT position to PRAY~
**Next week I'll be focusing on forensic postmorterm! And flipping through the ENT notes perhaps. Xati, Asma', be good wherever you are. Leya loves you lots.


Tough

Women can’t just turn off thoughts that concern them. Think of a computer desktop, with windows open. To close the windows, one just clicks the close box and the window disappears. When it comes to thoughts and emotions, men just click the “close” box and move on. Women, on the other hand, may attempt to click the “close” box, but the window won’t close. Their thoughts and concerns about bothersome past and present issues are not easily dismissed. ~homeword.com

This is so true. I wish I have a hint of 'MASCULINITY'...

Jika engkau memohon, maka memohonlah kepada Allah, jika engkau minta pertolongan mintalah kepada Allah. Ketahuilah bahawa seandainya seluruh makhluk berkumpul untuk memberikan manfaat kepadamu nescaya mereka tidak akan mampu memberikannya, selain yang telah ditetapkan Allah bagimu. Dan, seandainya mereka semua berkumpul untuk mencelakakanmu, nescaya mereka tidak akan mampu mencelakakanmu selain yang telah ditetapkan Allah atasmu.

Yakini takdir Allah.

Iman jangan mati.

Cuba lagi, lagi dan lagi.

*Going to Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan this Friday. Nak belajar banyak benda, insha Allah.. Oh Friday Izzati xm, GOOD LUCK XATI!! I'll pray for you dear. *hugs*

Monday, 14 June 2010

Kaca Berdebu

Ia ibarat kaca yang berdebu
Jangan terlalu keras membersihkannya
Nanti ia mudah retak dan pecah

Ia ibarat kaca yang berdebu
Jangan terlalu lembut membersihkannya
Nanti ia mudah keruh dan ternoda

Ia bagai permata keindahan
Sentuhlah hatinya dengan kelembutan
Ia sehalus sutera di awan
Jagalah hatinya dengan kesabaran

Lemah-lembutlah kepadanya
Namun jangan terlalu memanjakannya
Tegurlah bila ia tersalah
Namun janganlah lukai hatinya

Bersabarlah bila menghadapinya
Terimalah ia dengan keikhlasan
Karena ia kaca yang berdebu
Semoga kau temukan dirinya
Bercahayakan iman

al-Maidany, Kaca Yang Berdebu

Sunday, 13 June 2010

Just Move On...


"The most difficult phase of life is not when no one understands you, it is when
you don't understand yourself."

~Anonymous


"Ya Allah, rahmat-Mu aku harapkan, janganlah Engkau serahkan (segala urusanku) kepada diriku walau sekelip mata, perbaikilah segala urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau"
Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin...


*Ganbarimasu!! LONG WAY AHEAD. I have 2 weeks before Psychiatry ends. Holiday for a week. THEN the thrill starts~! (EasyNoTension, Opthalmology, Anaesth) Pray for me please~


Ainerhpozihcs!

Just a note.
The key: Signs and symptoms, duration, impaired functioning.

DSM-IV
A. Active Phase - 2 or more of the following (1 month duration)

  1. delusions*
  2. hallucinations*
  3. disorganized speech (eg. loosening of association)
  4. grossly disorganized or catatonic behavior
  5. negative symptoms (The As: Affect flat, Alogia, Avolition, Anhedonia)

*only 1 symptom is required if delusions are bizarre (eg. "I am Allah")
or hallucinations - running commentaries(betul ke solat macam tu?)/3rd person (dia tu gila)

B. Social/occupatinal dysfunction

C. 6 months duration of continuous signs of disturbance including 1 month of active phase

D. Exclude schizoaffective + mood disorders

E. Exclude substance/GMC (general medical condition)

F. If the patient has a history of pervasive developmental disorder, there must be prominent delusions/hallucinations for at least 1 month for additional diagnosis of Schizophrenia.

Schizophrenic patients are INTELLIGENT people!
Some people are unfortunate. They develop this chronic and debilitating disease bit by bit.

Prodromal symptoms (decrease function in important areas, new interest)
Active Phase Residual Phase (develop negative symptoms)

These are symptoms which are suggestive of Schizophrenia besides other psychotic disorders that we could think of. The First Rank Schneiderians Symptoms:

auditory hallucinations (Have u heard voices that others don't hear?)
- running commentary
- 3rd person
- thought echo (own thought spoken loud)

passivity phenomenon (Ever been controlled by some force or external power?)
- made feelings
- made actions
- made impulse
- somatic passivity (feels current in the brain, gastric churning)

thought possession
- Thought withdrawal
- Thought insertion
- Thought broadcasting

delusional perception
- reference
- persecutory (Is anybody against you?)
etc.

Preferably, ask using 'how', 'why', simply said the open ended type of questions. It gives a better and wider space for the patient to reveal their hidden symptoms. And of course, be patient :)

The Mental Status Exam (MSE)
Appearance: Dishaveled
Speech: Disorganized at times. But normal volume and tone. It varies I guess. Huhu.
Emotion: Flat affect, incongruent to thoughts
Perception: Auditory hallucinations
Thoughts: Persecutory delusion, delusion of reference, a patient of mine had suicidal ideation
Insight: Poor/Good, the patients I've met here usually were lack of insight
Cognition: Abstract thinking intact

(This isn't a generalisation, it's just a description to remember a patient with this disease)

Every patient is unique in his/her own way :)

Schizophrenia
by

DropDeadSleeping

She lay red with puffy cheeks.
Two shot guns at her feet.
Shaking her head.
They dance around like little puppets,
mocking her every sin.
Wishing she were dead.
Taunting her every move,
Watching her every mistake.
It was all fake.
Telling her to kill
Or even take a pill.
Popping X,
Just a temporary game.
So unfairly played.

Ya Allah ya Tuhan Kami, hanya Engkaulah yang menghilangkan kesedihan, Engkaulah yang Maha Menyembuhkan, tidak ada yang mampu menyembuhkan kecuali hanya Engkau yang menyembuhkan, sembuh tanpa terasa sakit...