"Assalamualaikum Encik"
"Wa'alaikumussalam Doktor"
Saya ni bermuka tua kot. Selalu sangat pesakit panggil 'doktor' instead of 'nak' atau 'dik'.
"Boleh ceritakan sikit tentang diri encik..?"
"Boleh... pakcik ni Allah"
*gulp* astaghfirullah.
"Dulu pakcik Nabi, tapi sekarang pakcik dah jadi Allah"
"Urm, boleh saya tahu kenapa encik rasa macam tu?"
Oh ye, memang skema di situ - 'encik', 'cik', 'puan'. Saya hanya akan address mereka dengan gelaran 'pakcik' 'makcik' 'kak' etc bila mereka sendiri yang rimas dan minta tukar dengan panggilan yang lain.
Kena la latih diri kan. Nanti terbawa-bawa dalam exam. Kurang markah profesionalism. (macam belajar untuk exam je pulak)
Sambung.
"Allah dah lama sangat hidup. Jadi pakcik perlu ganti, banyak lagi kerja kena buat"
Sudah terang lagi bersuluh delusion pakcik tersebut amat bizzarre. Delusion bermaksud fixed and false belief. Bizarre delusion sering dikaitkan dengan Schizoprenia.
Satu kepercayaan yang takkan goyah. Sukar untuk dipatahkan.
Bukan pakcik ni sorang je yang sakit macam ni.
"I am Imam Mahadi, I'm sure of it", kata seorang lagi pesakit yang lebih muda dari saya.
Ramai lagi mengalami masalah yang sama. Dari luaran, nampak biasa je. Silap-silap kita yakin dengan apa yang dia sampaikan walaupun salah.
Plus, pakcik ni selalu bawak quran tafsir bila berjalan-jalan dalam wad. Insaf, kan?
Tapi otaknya terganggu. Kesian sangat...
Pengendalian akal yang buruk boleh mendatangkan binasa. Mungkin dari sinilah munculnya ajaran sesat. Aqidah terpesong.
Yang menghairankan, ada bijak pandai yang mengikut.
Kuasa pengaruh mungkin.
Bersyukurlah pada Allah atas kurniaan akal yang sihat. Tak mustahil Allah boleh merengkan saya. Pilihan di tangan saya. Dan awak juga.
Syukur bukan sekadar lafaz. Praktikal kena ada. Guna akal untuk perkara yang Allah redha. Perah otak untuk tebarkan manfaat kepada orang lain.
Istimewanya saya sebagai orang Islam, akal saya ada manual. Manual wahyu. Akal yang tidak dikendalikan wahyu Allah memang tak bagus.
Ada yang menolak suruhan Allah dan Rasulullah hanya kerana bertentangan dengan akal. Padahal ada perkara yang tak tercapai oleh minda kita.
Jadi serahkanlah diri kepada Tuhan Pencipta kita.
Pelihara akal dari anasir buruk. Tajamkan fikiran untuk mencetuskan kebaikan. Pandu akal kita dengan wahyu.
Allah perintahkan pelihara aurat. Maka tutuplah aurat. Allah larang kita dari merokok, maka berhentilah.
Ingat, akal ni pinjaman. Satu hari nanti kena pulangkan semula. Instruction ada dalam al-Qur'an dan al-hadeeth. Jadi pandai-pandailah guna pinjaman akal untuk gali ilmu dari 2 rujukan utama ni. 2 pusaka yang menyelamatkan kita dari azab Allah, insha Allah.

Sabda Rasulullah SAW:
"Wahai manusia, sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara yang mana sekiranya kamu berpegang teguh dengannya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, itulah kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnahku (Hadith)"
~Sahih Muslim, no. 1218.

No comments:
Post a Comment