Ramadhan mubarak friends!~

Sunday, 20 June 2010

pro.re.nata

Bila perlu.

Masa kat Bandung dulu belajar preskripsi ubat. Salah satu instruction ialah pro re nata (p.r.n.). Maksudnya, bila perlu.

Kalau bukan dalam keadaaan yang memerlukan, tak perlu ambil ubat tu ye.

Sama macam shopping. Oh sungguh saya gila shopping. Kadang-kadang je *_*

Baru-baru ni jumpa blogshop selling handmade bags. Comel melampau. Agak kurang waras sebentar. Dah la saya memang gila barang comel dan custom made. Aiseymen.

Fikir. Zikir. Berlebihan dalam berbelanja tu kikir.

Astaghfirullah.

Nampak tak kat hujung sana tu? Cuba teropong. Ha.. nampak tak apa yang saya nampak?

Saya nampak wang untuk shopping ada kegunaan lain.

Dunia ni memang indah. Banyak yang menarik perhatian. Tapi dunia juga penuh muslihat. Suka buat kita jadi haus. Dahagakan bermacam-macam benda lagi.

Saya sedar dunia ni persinggahan je. Tumpang kejap je. Kalau saya mati, saya tak bawak barang-barang shopping bersama saya.

Saya bawa amal. Amal jariah. Amal soleh.

Bisnes amal dan shopping pahala ni lebih bagus. Boleh kurangkan dahaga insha Allah. Sebab Allah Dealernya. Confirm takde tipu muslihat. Sebab janji Allah itu pasti.

Modal? Tak perlu risau elaun bulanan mengering. Cukup dengan niat kerana Allah dan sungguh-sungguh bekerja keranaNya.

Haih. Nampaknya tak jadila saya nak klik 'Buy Now' ya. Mungkin next time. Bila saya mampu. Sebagai reward untuk pencapaian diri sendiri.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin baik diri mahupun harta mereka dengan balasan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, sebagai janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung."
[at-Taubah: 111]

Hakikatnya, saya datang dari Allah. Diciptakan oleh Allah. Saya milik Allah. Jadi kenapa pula Allah yang kena beli dari saya? Apa yang saya ada untuk offer jualan hebat pada Dia?

Pulak tu, Allah bayar dengan syurga. Jadi sekarang, saya jual jiwa saya yang berkarat, Allah bayar dengan syurga? Apakah? Macam beli gula-gula bersemut dengan RM1000 000 000 (tak setanding pun dengan Jannah). Eh tak, mana ada orang nak beli gula-gula yang dah dihurung semut!

Astaghfirullah...

Ya Allah, sungguh, Kau Maha Penyayang. Kau kasihani hambaMu lebih daripada kasih seorang ibu kepada anaknya.

Dan aku... hamba yang sering tergelincir. Namun aku terus mengharap pengampunanMu.

Ampunilah aku dan insan-insan yang terlalu banyak berbuat baik kepadaku Ya Allah~

*BFF shopping menggila di Manchester. Cish.
**final week in Psych. Dah mula rindu keunikan Psych. Takpe. Penerokaan belum berakhir. Semoga saya bertemu dengan keunikan yang lain pula. Amiin.


1 comment:

Asma' Zamanuri said...

hiks.terasa diperli okkkk. :P
xati x belajar lg prescribing so she doesnt know what prn is.hehe.sian xati kan :P