Ramadhan mubarak friends!~

Friday 9 April 2010

Wonder Mother.

Assalamu’alaikum WBT & Hi semua~

My lovely
BFF Asma’ n Izzati, keep on rocking ya kat sana ^-^

Today’s entry is about my experience back in Obstetrics & Gynaecology posting which happened to be my very 1st posting upon entering 3rd year! O&G babe~ RED ward lagi (tapi Green lagi mencabar). SCARIEST posting yang menghantui medical students terutamanya 3rd year UKM ni. Nonetheless, posting nilah yang paling banyak beri peluang untuk hands on, sangat best! On top of that, I felt privileged to have Prof. Emeritus Dr. Nafisah Adeeb as my supervisor ^-^ Strict I tell you, but my groupmates and I learned a lot from her. Setiap minggu, pada hari Selasa, tepat jam 11 pagi, masing-masing dah baca doa selamat supaya lebih bijak bila berhadapan dgn beliau. Tanpa persediaan yang lengkap, pertemuan dengan beliau yg dikenali sebagai Prof Adeeb boleh dianggap FATAL. “Don’t be a doctor if you are lazy!”, antara kata-kata beliau yang masih saya ingat sampai sekarang ^-^ Thanks a lot Prof!

O&G posting buat saya rasa insaf dan sangat menghargai pengorbanan para ibu, terutamanya MY MAK~ Tak lupa juga pada para bapa, MY ABAH yang banyak bermandi peluh, memerah keringat sehari-hari untuk sudi menyambut insan baru yang tak berdaya dalam hidup, dan seterusnya beri kasih sayang yang tak putus-putus hingga akhirnya anak itu tadi membesar dan melebar menjadi entiti penting pembentuk masyarakat dan ummah.

Memang padanlah Si Tanggang dan Malim Kundang dijadikan batu akibat derhaka pada ibu. “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa” (Hadith)

Pengalaman paling best bila di labour room/wad bersalin. Keadaan di situ kebiasaannya tegang, penuh debar dan memenatkan dengan bunyi alat yang bermacam2. Sisi positifnya pula, banyak hikmah Allah tersembunyi, banyak skills yang boleh diperbaiki, banyak ilmu boleh diperoleh hasil tunjuk ajar HO dan midwives, banyak pahala boleh diraih bila bantu ibu-ibu tersebut. Di wad bersalinlah saya dan kawan2 oncall dari 7 petang saaampai 7 pagi esoknya, dan kembali ke wad pada jam 8 pagi (yup, memang mata lebam macam panda, lagi2 kalau banyak kes) Peluang ni bukan senang nak dapat, perlu bergilir2 dengan rakan seperjuangan yang lain utk dapatkan pesakit yang nak bersalin. Ada masa, tiada langsung kes walaupun semalaman menunggu. Allah punya perancangan yang lebih hebat. Waktu lengang tersebut biasanya kami isi dengan membaca, berbincang dan berborak2, kadang2 midwife ajar cara2 menjahit episiotomy. Kalau boring sangat, kami tidur je atas sofa dan kerusi berselimutkan white coat.

Biasanya, sebelum pesakit dibawa ke wad bersalin, mereka akan ditempatkan di bilik 1st stage dahulu. 1st stage represents tahap pertama dalam proses kelahiran. Di 1st stage ni ada 2 orang ‘guru’ a.k.a nurses yang sangat sporting! – Kak Ju dan Kak Cik. Mereka ni memang tak lokek ilmu. I remember the first time meeting them, masa tu kekok sikitla, cuak kan sebab orang kata midwives garang gila, saya pun blur2 je tak reti nak buat apa2, tapi bila approach elok2, kak Ju n kak Cik terus bagi peluang uruskan patient, ajar cara pasang dan baca cardiotocograph (CTG – alat untuk assess jantung baby dan contraction rahim ibu)ajar cara buat urine catheterization, pasang branula, kira contraction manually, buat VE (vaginal exam) dan macam2 lagi. Since then, my favourite second home would be 1st stage after my bedroom! :p Cumanya, kak Ju n kak cik tak dapat ajar cara deliver baby, sebab ibu yang dah stabil akan dibawa ke wad bersalin di tingkat bawah pulak, 1st stage bukan utk bersalin. Hehe. TAPI… di 1st stage ni lah saya tolong sambut baby buat kali kedua! Betul2 di ruang pintu masuk, on the way nak tolak patient ke labour room. Bayangkan dengan katil bergerak, ibu dah tak tentu arah, bila periksa bawah tup2 dah crowning! (baby mula nampakkan kepala) Ya Rabbi~

Al kisahnya.. pesakit tu saya jaga.. awal2 lagi ibu yg sweet tu menolak untuk diberi epidural anesthesia. Katanya tak pernah rasa sakit bersalin. Jadi kitorang bagi IM pethidine je lah untuk kurangkan rasa sakit tu. Masa contraction masih mild, pesakit tu nampaknya boleh tahan lagi, masih boleh tersenyum. Saya teruskan kerja-kerja rutin periksa urin, catat vital signs, kira contraction etc pada pesakit lain. The next moment I saw her, katil dan bantal dia berlumuran darah mcm dalam cerita horror, branula yang dipasang tadi dah tercabut! Rupa-rupanya pesakit saya tu tak tahan dah dengan contraction yg semakin kuat, hinggakan dia meronta2 pegang sisi katil dan akhirnya menyebabkan branula tu tertanggal dari tangannya. Muka ibu tersebut menandakan rasa sakit yg amat sangat. Mujur 1st stage tu kecil, kak Ju pun ternampak kejadian tu jadi kami sama-sama bersihkan dan pasang semula branula. Waduh, kaget gue. Tiba-tiba ibu tu kata dengan suara yg lemah “Saya nak epidural lah..”

Waktu tu, tempoh perkhidmatan epidural pun dah habis. Jadi pesakit terpaksa juga tahan. Sepatutnya, dengan bukaan yang masih sedikit, pesakit dilarang untuk meneran bagi mengelakkan tenaga mereka habis bila dah sampai waktu yg sesuai. Tapi dek kerana kesakitan yang tak tertahan, ibu tu teran jugak. Bila periksa, dah 9 cm! Kami pun siap2 untuk hantar ibu tersebut ke wad bersalin. Set tekanan darah ditanggal, barang-barang keperluan lain dibawa sekali. Belum sempat keluar dari pintu, ibu dah mula meraung lebih kuat, kak Ju terus periksa bawah, ternyata dah crowning! Baby dah tak sabar nak keluar~ Tidak dapat tidak, bayi tersebut perlu disambut di situ juga. Bermula dengan kepala, bahu, dan akhirnya bayi ditarik keluar keseluruhannya, segala puji bagi Allah, seorang bayi perempuan yang sangat comel selamat dilahirkan. Bisikan nama Allah jadi kata2 meraikan kelahiran insan suci itu, ibu yang tadinya berkerut2 menahan sakit terus tersenyum syukur, seakan2 sakit pedih sebelumnya hilang begitu sahaja tatkala melihat anak yang baru lahir. Katil pesakit ditolak ke ruang asal. Seterusnya giliran saya mengeluarkan uri. Ibu itu terkejut kerana merasakan ada sesuatu yang ‘minta dikeluarkan’ dari rahimnya

“Doktor, ada baby lagi ke??” (Sesetengah patient masih panggil medical students Doktor walaupun telah diberitahu dan diyakinkan beberapa kali bahawa perjalanan kami masihlah jauh nak dpt title Dr)

“Eh tak Puan, jangan risau, kami nak keluarkan uri je ni..Puan tenang ya, uri ni kena betul2 dikeluarkan semua sekali, kalau ada sisa, boleh buat jangkitan kuman”

“Oh…ok.. saya ingatkan ada baby lagi” Kami tertawa kecil, si ibu kembali berbaring tenang. Setelah lower abdomen diperiksa dan saya dapati ada hardening menandakan contraction, gushing of blood, lengthening of the cord, maka saya pun tarik perlahan2 cord tersebut (controlled cord traction katanya), sedikit demi sedikit sambil berselawat. Kalau tarik kuat2, dengan rahim2 tu akan terkebawah, na’uzubillah. Kemudian saya tarik keluar uri dengan cara memusing2 atau memutar2kannya.. bes~ Alhamdulillah semuanya selamat. Setelah dikira2 dan diteliti uri tu ada 2 lapisan chorion dan amnion, cotyledon cukup, takde tisu yang tertinggal, 2 arteri dan single vein pada umbilical cord, so Dr HO bertugas pulak jahit episiotomy, sebab saya tak competent lagi nak buat waktu tu. Huhu.


meet the wondrous placenta! fresh from the womb ^_^

Begitulah rutin delivery. Kalau nak ikutkan, banyak lagi pengalaman berharga. Ada ibu yang meraung “Doktor nak bagi saya mati ke ha??”, tangan saya dicengkam hingga berdarah dan berbekas, ibu itu meronta2 mahukan caeserian section, semuanya kerana tidak tahan dengan kesakitan ketika bersalin. Kesian sangat, dalam keadaan mcm tu, tak wajar ibu itu dimarah, kalau saya di tempatnya pun, na’uzubillah, mungkin juga saya berkelakuan seperti yg tak dijangka.

Sememangnya melahirkan anak itu merupakan pertarungan antara hidup dan mati. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, pahala yang dicatatkan seperti orang yang berjihad pada jalan Allah. Apabila dia melahirkan anak, keluarlah dosa-dosanya. Subhanallah.. Tetapi cuba bayangkan insan-insan yang turut bertarung dgn kesakitan itu tadi, setelah melalui tempoh 9 bulan mengandung, tiba-tiba membuang anak tersebut sewenang2nya di ceruk2 kotor dan berbahaya. Lebih menyedihkan lagi ada yang membunuh dengan cara yang tidak berperikemanusiaan kerana terlanjur akibat perhubungan yang haram. Astaghfirullah.. Hal ini tiada lain perlu dibanteras dengan mengakar ke punca utama – pergaulan bebas dan penzinaan yang berleluasa. Realiti yang menyakitkan. Semoga kita tidak tergolong dalam kalangan hambaNya yang menempah murka dan neraka, tetapi bijak menjaga iman dan keluarga menuju jannah yang didamba dengan izin-Nya.
Selamat menempuh hari-hari seterusnya dengan semangat IMAN dan TAQWA!

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan” (at-Tahrim, 66 : 6)

The Wonder Mother taught me to PUUSSSHH it to the LIMIT! And never ever give up.

2 comments:

Asma' Zamanuri said...

dont be a doctor if ur lazzzyy.waaaa.sy kene rajin!!! :)
ps: leyya gmbar tuh ko amek kt hosp ke?bole amek gmbr yeh??
x sabr nk posting OnG, nk tgk ke-horror-an nye. :)

anazusaila said...

yayyy kene rajin! :p i knew somebody wud ask that Q, of course bukan ak yg amik gmbr tu. I 'stole' it from mr. google. hehe~ tabley amik gmbr time2 cenggituh. silap haribulan ad yg sumbat ak ngan speculum. n yeah, have FUN n horror moments kat OnG kay hunnn~